"Zam, apa pendapat kau kalau aku kahwin lagi satu?"...
Pertanyaan tersebut hampir saja membuatkan Azam tercekik...
"Kau dah gila, Fiq? Tanah kubur isteri kau tu masih merah lagi..Baru je sebulan dia pergi, kau dah nak cari pengganti? Aku ingat kau sayang sangat kat isteri kau tu,sbb tu kau jadi macam ni..Macam bangkai bernyawa dah aku tengok..suka hati engkau lah encik Shafiq oi..." Azam menjawab pertanyaan Shafiq dengan jawapan yang berbau sindiran..
"Kau tak mungkin faham Zam..kerana aku terlalu sayanglah aku nak kahwin lagi satu.." Shafiq berlalu pergi meninggalkan Azam yang masih ternganga di situ...
Sudah hampir sebulan Shafiq hidup menyendiri setelah pemergian permaisuri tercintanya, Ina...Isteri yang selama ini menjadi peneman kala tidurnya..pengubat kala dukanya..berkongsi tawa tika bahgia..serta isteri yang selama ini dia kucup dahinya setelah usai solat berjemaah bersama.Sungguh Shafiq cintakan Ina sehingga tiada lautan pun yang mampu menandingi laut cintanya pada Ina.Ina hadir dalam hidupnya dgn membawa cahaya serta sinar yg gemilang.Ina yang membawa dia pulang, kembali ke jalan Allah setelah lama dia sesat dari jalan-Nya.Sungguh dia bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang bidadari walau Ina hanya menjadi penemannya seketika cuma..
Usai solat istikharah malam itu, Shafiq menuju ke kamar dan duduk di birai katil.Sudah lama tempat Ina kosong dan sepi.Dicapainya bingkai gambar yang tersemat gambar Ina dan ditatapnya puas-puas wajah ayu itu.
"Ina..Maafkan abang sayang..Ina isteri yg baik..Biar abg mati hidup semula pun belum tentu abang dapat cari pengganti persis Ina.Maafkan abang kerana buat keputusan untuk kahwin satu lagi.Bukan abang tak sayangkan Ina..Tapi kerana abang terlalu sayanglah abang buat keputusan berat ni..Abang bukan nak mengkhianati cinta Ina pada abang..Tidak sama sekali Ina..Ina terlalu sempurna buat abang..Kasih, cinta dan sayang Ina pada abg selama ni tidak pernah abang rasakan ketandusannya..Abang terlalu rindukan Ina..Gelak tawa serta peluk cium Ina..Kerana rasa rindu yang tidak tertahan lagi, abang lantas buat keputusan untuk cari pengganti Ina.Kasih Ina pada abang terlalu besar sehingga abang tidak mampu hidup tanpanya.Jangan bimbang sayang..Ina tetap di hati abang..Biar hingga nyawa terpisah dari jasad, Ina tetap cinta abang.Bakal isteri abang ni baik orangnya..lembut..sopan santun..persis Ina.Yang paling penting, dia beragama Ina.Sungguhpun begitu, dia tidak mungkin dapat gantikan tempat Ina di hati abg.Ina tetap cinta abang.Sampai bila-bila..."
Shafiq meletakkan semula bingkai gambar tersebut ke tempat asalnya.Tidur Shafiq pada malam itu ditemani air mata kasih kerana kehilangan Ina.Sungguh kasihnya dia pada Ina membuatkan dia menangis setiap malam.Bukan dia tidak redha akan ketentuan Ilahi.Dia cuma terlalu rindukan Ina.Haru-biru hidupnya setelah Ina pergi.Hampir sebulan Shafiq menahan sakit rindunya pada Ina.
Shafiq tersentak.Air mata kasih itu mengalir lagi.Terasa panas pipinya."Ina..." bisik Shafiq perlahan.Sungguh Allah itu Maha Besar dan takdirnya tiada siapa mampu menduga.Kerana terlalu sedih mengenangkan Ina, Shafiq hilang tumpuan ketika memandu.Kereta yang dipandunya terbabas lalu menempuh deras penghadang jalan.
Shafiq membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Terasa berat sekali.Ada darah panas mengalir ke hidungnya lewat kepala yang sudah terluka begitu dalam sekali.Baju melayu putih yg baru sahaja siap ditempah untuk majlis perkahwinannya tadi kini sudah dicemari dengan darah merah yang mengalir dari dadanya.Shafiq hanya mampu memandang baju tersebut dengan pandangan yang lemah dan hambar.
"Ya Allah..Mungkinkah ini akhirnya...? Ina..Adakah ini penghujungnya? Andai ini penghujungnya, aku redha Ya Allah..Ina..Andai ini akhirnya, abang redha.Abang pasrah.Abang redha Ina jadi satu-satunya permaisuri abang selama ini sepertimana Ina relakan diri Ina menjadi milik abang pada hari kita diijabkabulkan.Abang cintakan Ina..hingga akhir hayat abang.."
Shafiq mengucap perlahan.Dia sudah mendambakan Ina sebagai penghulu bagi segala bidadarinya di syurga nanti.Kasihnya dia pada Ina sampai ke syurga."Ina....." Matanya kini sudah tertutup rapat.Tidak bergerak-gerak lagi.
No comments:
Post a Comment