WeLcomE to My LifE bLoG

WeLcomE to My LifE bLoG

ternyata kamu

owl

LOVE

Sunday, January 30, 2011

sekadar renunGaN


Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.


Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…

Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.

Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan...

“Kita gagal, kerana kita akan berjaya. Kita kecewa, kerana kita akan bahagia, dan kita berpisah, kerana kita akan bertemu dengan orang baru!” Percayalah! ;) Drpd putus asa lebih baik putus cinta...

utk mengintai dan menyayangi seseorang bknnye mudah kesabaran itu perlu ad...
Takkan lari gunung dikejar..
Andai jodoh pertemuan sudah tertakdir, kenapa perlu tergesa-gesa..
Sabar, walau terpisah bertahun, kalu sudah kehendaknya, pastibertemu jua..
Tidakkah kita yakin TUHAN itu maha mendengar.
Adakah keyakinan sudah pudar, hingga menyangkakan kita mampu melawan takdir?
Secebis rasa ini lahir dari kegelojohan manusia pada suatu yang belum pasti menjadi miliknya.
Adakah kerna nafsu dan keinginan, kita tolak tepi semuanya...
Fikir-fikirkan..juz dpt bg pndngn utk renungn..

No comments:

Post a Comment