WeLcomE to My LifE bLoG

WeLcomE to My LifE bLoG

ternyata kamu

owl

LOVE

Sunday, January 9, 2011

doa

Allah memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?

  1. Doa ibu bapa kepada anak-anak

Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi." (Riwayat Abu Daud no. 1536, al-Tarmizi no 3448 dan Ibn Majah no. 3826)

2. Doa anak soleh yang mentaati kedua ibubapa.

Rasulullah s.a.w bersabda tentang Uwais bin 'Amir: "Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allahs.w.t akan memakbulkan". (Riwayat Muslim no. 2543 dan Ahmad no. 2025)

3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (Surah al-Naml 27:62)

Berkenaan mustajab doa orang yang dizalimi pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah s.w.t." (Riwayat al-Bukhari no. 1395)

4. Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya dalam keadaan sahabat itu tidak tahu bahawa dia didoakan. Ummu Darda' r.ha. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang berdoa utuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: 'Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu". (Riwayat Muslim no 2732)

5. Doa orang yang sedang Musafir.

6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga golongan yang tidak ditolah doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimim". (Riwayat al-Tarmizi no. 3598 dan Ibn Majah no. 1752)

7 Doa pemimpin yang adil untuk orang dibawahnya.

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada sorang hamba kepada Tuhannya.

No comments:

Post a Comment